Khamis, 11 April 2013

karya murid-murid tahun 2

Saya tahu saya sepatutnya mempamerkan hasil karya murid-murid tahun 3. Malangnya tahun ni tak mengajar tahun 3 sebaliknya mengajar tahun 2  (3 kelas pulak tu). Oleh kerana belum ada kesempatan untuk membuat blog dsvthn2, so saya mengambil kesempatan menyelitkan karya anak2 murid saya di tahun 2 untuk membakar semangat guru2 tahun 3 melaksanakan aktiviti dsv tahun 3.

Gambar ini semasa aktiviti membuat topeng.
Topeng Kucing

Topeng Kerbau

Topeng Kucing

Hasil karya yang menarik

Murid-murid jelas gembira dengan hasil karya masing-masing


Murid-murid yang tekun membuat topeng

Semasa aktiviti murid di beri kebebasan untuk bergerak

Murid ini tidak sabar-sabar hendak memakai topeng yang telah siap

Selasa, 12 Mac 2013

WARNA

Warna ialah salah satu unsur seni yang mesti diketahui oleh para pelajar. Terdapat 3 jenis warna iaitu:

1. Warna Primer : Turut dikenali sebagai warna asas. Ada 3 jenis warna asas iaitu:

MERAH

BIRU

KUNING

 

2. Warna Sekunder: Turut dikenali sebagai warna kedua. Terhasil daripada gabungan 2 warna primer akan menghasilkan warna sekunder. Terdapat 3 jenis warna sekunder iaitu JINGGA, HIJAU & UNGU. I

3. Warna Tertier: Juga dikenali sebagai warna ketiga kerana warna tertier ialah gabungan 2 warna iaitu dari kumpulan warna primer dan warna sekunder. Hasilnya ialah 3 jenis warna. Sila rujuk rajah berikut.