AKTIVITI 3: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

1. Mobail:


Arca mobail lazimnya sering dijadikan sebagai bahan perhiasan kerana sifatnya yang tergantung dan bergerak. Arca mobail mempunyai nilai estetika tersendiri yang boleh dikomersilkan.
Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas syiling. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerakannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh terawang-awang.

 

2. Topeng:

Topeng ialah sejenis alat yang direka untuk menutup sebahagian atau keseluruhan kepala
Kebiasaanya digunakan untuk persembahan tarian, upacara kebudayaan ataupun hiasan dinding
Jenis topeng ialah topeng mata, topeng muka dan topeng serkup.

 

3. Boneka:

Boneka adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yangdigerak,lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapat dijadikan boneka itu pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama-ada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang dialog
 

9 ulasan: