AKTIVITI 1: MENGGAMBAR

1. Lukisan:


Lukisan merupakan kerja-kerja peringkat awal bagi menghasilkan kesan garisan dalam usaha untuk menimbulkan sesuatu imej dengan menggunakan media kering atau media basah (bukan sapuan).



Media yang sering digunakan adalah seperti pensil, kapur, pen, krayon, arang, pastel, pen marker dan pensil warna. Penggunaan warna dalam lukisan adalah terhad. Jelasnya lukisan bermaksud garisan yang membentuk imej tanpa menggunakan warna atau warna yang terhad.

Asas Sebelum Melukis
1. objek/ item
2. pencahayaan
 
3. perspektif


2. Catan:

 
Proses menyapu warna atau cat di atas sesuatu permukaan rata.
Dinamakan TEKNIK BASAH ATAS KERING.
Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kering untuk menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya. Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lutsinar.

Campuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu cair. Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan.  Mulakan dsapuan warna dengan lapisan nipis dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. Untuk mendapatkan kesan transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna yang cair, sapu di atas kertas lukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang sama.



3. Kolaj:

Kolaj bermaksud potong, koyak, gunting dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan. Kolaj berasal dari perkataan Perancis yang iaitu 'coller' yang bermaksud menampal dan gam. Aktiviti  kolaj di dalam bidang menggambar ataupun membuat corak ialah kegiatan menampal kertas, kain atau bahan terbuang di atas sesuatu permukaan.
Tampalan atau corak yang dihasilkan boleh disusun secara bertindan tindih dan mengikut corak atau gambar yang ingin dihasilkan
Kolaj juga digunakan sebagai teknik dalam menggambar foto, keratan akhbar atau mana-mana bahan berbentuk dua dimensi dilekat dan disatukan di atas permukaan. Ia juga merupakan teknik di mana imej bergambar atau corak berjalinan dihasilkan secara superimpose di antara satu sama lain.



4. Montaj:

Menampal dan melekatkan potongan gambar-gambar tertentu pada suatu permukaan untuk menghasilkan sesuatu tema.

Merupakan satu proses menampal satu bahan ke atas bahan yang lain. Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi.
Imej/gambar disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej.

2 ulasan:


  1. Ebobet merupakan situs slot online via deposit pulsa aman dan terpercaya, Dengan menggunakan Satu User ID bisa bermain semua game dari Bola, Live Casino, Slot online, tembak ikan, poker, domino dan masih banyak yang lain.

    Sangat banyak bonus yang tersedia di ebobet di antaranya :
    Bonus yang tersedia saat ini
    Bonus new member Sportbook 100%
    Bonus new member Slot 100%
    Bonus new member Slot 50%
    Bonus new member ALL Game 20%
    Bonus Setiap hari 10%
    Bonus Setiap kali 3%
    Bonus mingguan Cashback 5%-10%
    Bonus Mingguan Rollingan Live Casino 1%
    Bonus bulanan sampai Ratusan Juta
    Bonus Referral
    Minimal deposit hanya 10ribu

    BalasPadam
  2. lukisan ialah sesuatu perbuatan yang suka suka.lukisan boleh mencerikan kita dengan warna-warna yang indah contoh-contohnya hijau,apa bila kita melihat lukisan yang diwarnakan dengan warna hijau kita akan rasa tenang sahaje

    BalasPadam