STANDARD KANDUNGAN

Standard pembelajaran digubal dan diperincikan bagi tujuan pengajaran berasaskan standard kandungan. Standard kandungan ini mesti dilalui oleh pelajar dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Standard Kandungan 1: Persepsi Estetik

SK ini membolehkan murid membuat persepsi dan memahami bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan) yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia, dan karya seni.

Standard Kandungan 2: Aplikasi Seni

SK ini membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan, pemahaman, dan bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti seni.

Standard Kandungan 3: Ekspresi Kreatif

SK ini mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan karya seni.

Standard Kandungan 4: Apresiasi Seni Visual

SK ini membolehkan murid membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya. Murid juga boleh membuat penghayatan dan penghargaan seni warisan serta hubung kait seni visual dengan disiplin ilmu yang lain, kehidupan, dan kerjaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan